• Utama
  • Maklumat Korporat
  • Profile Jabatan
  • Pengenalan Pentadbiran Mukim

Pengenalan Pentadbiran Mukim

Struktur Mukim Sungai Siput (U).

- Mukim Sungai Siput di ketuai oleh 2 orang Penghulu, seorang pembantu tadbir, seorang kerani penghulu dan dibantu oleh 9 orang Ketua Kampung yang berkhidmat di dalam Mukim Sungai Siput.

- Mukim Sungai Siput mempunyai keluasan 96,053 hektar.

- Keadaan mukabuminya berbukit bukau dan 2/3-daripada keseluruhannya terdiri dari hutan simpanan dan kawasan pertempatan orang asli.

- Mukim sungai siput terbahagi kepada 5 bahagian: -

a. Kawasan yang mempunyai ketua kampung

  • 4 buah kampung traditional.
  • 2 buah kampung rancangan tanah belia khas.
  • 3 buah kampung di kawasan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar


b. Kawasan Kampung Baru

  • 4 buah Kampung Baru yang diketuai oleh Pengerusi Kampung Baru.


c. Kawasan Orang Asli

  • 10 buah Kampung Orang Asli yang diketuai oleh Tok Batin.


d. Kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

  • 36 Kawasan yang diterajui oleh Persatuan Kebajikan kawasan yang berkenaan.


e. Kawasan Ladang / Estate

  • 9 Ladang yang diketuai oleh pengurus ladang tersebut


Struktur Mukim Pulau Kemiri.

- Mukim Pulau Kemiri mempunyai keluasan 54,649 hektar.

- Keadaan mukabuminya berbukit bukau yang diliputi oleh kawasan-kawasan pertanian.

- Mukim Pulau Kemiri mempunyai
a) 14 buah kampung traditional,
b) 1 kampung Rancangan Felda,
c) 1 Kampung Baru dan 1 kampung orang asli.

Mukim Pulau Kemiri di ketuai oleh

  • 2 orang Penghulu,
  • seorang pembantu tadbir, dan
  • dibantu oleh 14 orang Ketua Kampung yang berkhidmat di dalam Mukim Pulau Kemiri.


Struktur Mukim Kota Lama Kanan

- Mukim Kota Lama Kanan mempunyai keluasan 5,439 hektar.

- Pusat pentadbiran mukim ini terletak di Pejabat Penghulu Mukim Kota Lama Kanan, Karai.

- Mukim Kota Lama Kanan mampunyai
a) 13 buah kampung traditional dan
b) 3 buah kampung baru.

Mukim Kota Lama Kanan di ketuai oleh
a) 2 orang Penghulu,
b) seorang pembantu tadbir, dan
c) dibantu oleh 13 orang Ketua Kampung yang berkhidmat di dalam Mukim Kota Lama Kanan

Objektif Pentadbiran Mukim

  • Membantu pentadbiran Pejabat Daerah Dan Tanah dalam melicinkan perjalanan urusan pentadbiran Mukim kearah perkhidmatan yang berkualiti untuk kesejahteraan rakyat.
  • Merancang dan melaksanakan program-program kearah kesejahteraan rakyat di peringkat kampung dan mukim demi membentuk komuniti yang aman harmoni serta dinamik.
  • Meningkatkan taraf kehidupan dan mengatasi masalah kemiskinan rakyat di luar Bandar.
  • Menggalakkan pelbagai kegiatan ekonomi, pendidikan, keagamaan dan sebagainya melalui program-program pembanggunan ekonomi, social, kerohanian dan pendidikan.
  • Mengembeling tenaga, masa dan fikiran untuk mengukuhkan perpaduan, keselamatan dan kebajikan rakyat.
MUKIM SUNGAI SIPUT
  -   Penghulu : Encik Mohd Saadon bin Ahmad
---Alamat : Balai Penghulu Mukim Sungai Siput, 31100 Sungai Siput, Perak Darul Ridzuan.
---Email :
---Tel : 05-5975611
---Tel (HP) : -
---Faks : 05-5975600
MUKIM PULAU KEMIRI

---Penghulu : Encik Mohd Yusri bin Ahmad
---Alamat : Balai Penghulu Mukim Pulau Kemiri, Kampung Trosor, 31100 Sungai Siput, Perak Darul ---Ridzuan.
---Email :
---Tel : 05-5975600
---Tel (HP) :
---Faks : 05-5975600


---Penghulu : Encik Mohd Zaki bin Abdul Majid
---Alamat : Balai Penghulu Mukim Pulau Kemiri, Kampung Trosor, 31100 Sungai Siput, Perak Darul Ridzuan.
---Email :
---Tel : 05-5975600
---Tel (HP) :
---Faks : 05-5975600
MUKIM KOTA LAMA KANAN

---Penghulu : Encik Abdul Jalil bin Idris
---Alamat : Pejabat Penghulu Mukim Kota Lama Kanan, 33600 Enggor Perak.
---Email :
---Tel : 05-7512126
---Tel (HP) :
---Faks : 05-757719

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.