• Utama
  • Maklumat Korporat
  • Profile Jabatan
  • Pengenalan Pentadbiran Tanah

Pengenalan Pentadbiran Tanah

OBJEKTIF PENTADBIRAN TANAH

Objektif Pejabat Tanah:

Objektif utama Pentadbiran Tanah ialah merancang, melaksana, mengurus dan mentadbir segala hal yang bersangkut paut dengan tanah ke arah yang lebih sempurna, teratur, cepat, cekap, dan cemerlang.

a) Mentadbir dan menguatkuasakan semua perkara yang berkait dengan tanah berdasarkan undang-undang dan peraturan yang diperuntukkan.

b) Mengurus pelupusan (disposal) tanah kerajaan kepada Agensi Kerajaan, Perbadanan, Syarikat dan orang perseorangan.

c) Merancang pembukaan dan pembanggunan tanah secara teratur dan tersusun.

d) Mengendalikan setiap Urusniaga,Pendaftaran dan pengeluaran hakmilik tanah.

e) Mengawal penggunaan tanah milik dan pencerobohan tanah kerajaan.

f) Memaksimumkan kutipan hasil kepada kerajaan dari semua aspek cukai, denda dan lain-lain.

UNIT HASIL

Bidang Tugas Unit Hasil

  • Mengutip bayaran hasil didalam dan diluar pejabat
  • menyediakan rekod dan
  • perakaunan yang berkenaan.
  • Mengemaskini rekod akaun dari masa ke semasa dengan betul dan teratur
  • menyediakan rekod dan perakaunan yang berkenaan


UNIT PENDAFTARAN

Bidang Tugas Unit Pendaftaran

a) Pendaftaran hakmilik sementara, kekal, urusniaga dan bukan urusniaga

b) Mengurus permohonan pecah sempadan, pecah bahagian penyatuan tanah, tukar syarat dan kebenaran atas sekatan kepentingan.

c) Menguruskan permohonan untuk Sijil Carian Rasmi dan Sijil Pengesahan bagi hakmilik kekal

UNIT PELUPUSAN TANAH

Bidang Tugas Unit Pelupusan

a) Memproses permohonan-permohonan pemberian milik tanah daripada

  • individu,
  • berkelompok dan
  • perkampungan tersusun bagi dikemukakan kepada Jawatankuasa Tanah Daerah (JKTD)


b) Memproses permohonan LMS termasuk permohonan pembaharuan untuk dikemukakan kepada pentadbir tanah atau MMK.

c) Mengumpul dan mengemaskini maklumat-maklumat pentadbiran tanah termasuk

  • Laporan Kemajuan Bulanan,
  • Tahunan dan maklumat-maklumat asas pentadbiran tanah bagi keperluan Pentadbiran Tanah atau Pengarah Tanah Galian.


d) Menjawab aduan-aduan dan rayuan yang diterima daripada orang ramai

UNIT TEKNIKAL

Bidang Tugas Unit Teknikal

a) Mengendalikan penguatkuasaan undang-undang tanah, keatas tanah milik dan tanah kerajaan.

b) Menyekat pembukaan tanah kerajaan secara haram, pelanggaran syarat nyata tanah oleh pemilik tanah.

c) Mengawasi pemindahan bahan batu secara haram dan lain-lain perkara berkaitan dengan pelanggaran undang-undang tanah.

d) Membuat laporan kepada Pentadbir Tanah mengenai perkara-perkara yang berlaku sebelum tindakan diambil.

e) Pendakwaan di Mahkamah.

Cetak   Emel

Offcanvas

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.