Pengenalan Pentadbiran Mukim
Struktur Mukim Sungai Siput (U).
- Mukim Sungai Siput di ketuai oleh 2 orang Penghulu, seorang pembantu tadbir, seorang kerani penghulu dan dibantu oleh 9 orang Ketua Kampung yang berkhidmat di dalam Mukim Sungai Siput.
- Mukim Sungai Siput mempunyai keluasan 96,053 hektar.
- Keadaan mukabuminya berbukit bukau dan 2/3-daripada keseluruhannya terdiri dari hutan simpanan dan kawasan pertempatan orang asli.
- Mukim sungai siput terbahagi kepada 5 bahagian: -
a. Kawasan yang mempunyai ketua kampung
- 4 buah kampung traditional.
- 2 buah kampung rancangan tanah belia khas.
- 3 buah kampung di kawasan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar
b. Kawasan Kampung Baru
- 4 buah Kampung Baru yang diketuai oleh Pengerusi Kampung Baru.
c. Kawasan Orang Asli
- 10 buah Kampung Orang Asli yang diketuai oleh Tok Batin.
d. Kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Kangsar
- 36 Kawasan yang diterajui oleh Persatuan Kebajikan kawasan yang berkenaan.
e. Kawasan Ladang / Estate
- 9 Ladang yang diketuai oleh pengurus ladang tersebut
Struktur Mukim Pulau Kemiri.
- Mukim Pulau Kemiri mempunyai keluasan 54,649 hektar.
- Keadaan mukabuminya berbukit bukau yang diliputi oleh kawasan-kawasan pertanian.
- Mukim Pulau Kemiri mempunyai
a) 14 buah kampung traditional,
b) 1 kampung Rancangan Felda,
c) 1 Kampung Baru dan 1 kampung orang asli.
Mukim Pulau Kemiri di ketuai oleh
- 2 orang Penghulu,
- seorang pembantu tadbir, dan
- dibantu oleh 14 orang Ketua Kampung yang berkhidmat di dalam Mukim Pulau Kemiri.
Struktur Mukim Kota Lama Kanan
- Mukim Kota Lama Kanan mempunyai keluasan 5,439 hektar.
- Pusat pentadbiran mukim ini terletak di Pejabat Penghulu Mukim Kota Lama Kanan, Karai.
- Mukim Kota Lama Kanan mampunyai
a) 13 buah kampung traditional dan
b) 3 buah kampung baru.
Mukim Kota Lama Kanan di ketuai oleh
a) 2 orang Penghulu,
b) seorang pembantu tadbir, dan
c) dibantu oleh 13 orang Ketua Kampung yang berkhidmat di dalam Mukim Kota Lama Kanan
Objektif Pentadbiran Mukim
- Membantu pentadbiran Pejabat Daerah Dan Tanah dalam melicinkan perjalanan urusan pentadbiran Mukim kearah perkhidmatan yang berkualiti untuk kesejahteraan rakyat.
- Merancang dan melaksanakan program-program kearah kesejahteraan rakyat di peringkat kampung dan mukim demi membentuk komuniti yang aman harmoni serta dinamik.
- Meningkatkan taraf kehidupan dan mengatasi masalah kemiskinan rakyat di luar Bandar.
- Menggalakkan pelbagai kegiatan ekonomi, pendidikan, keagamaan dan sebagainya melalui program-program pembanggunan ekonomi, social, kerohanian dan pendidikan.
- Mengembeling tenaga, masa dan fikiran untuk mengukuhkan perpaduan, keselamatan dan kebajikan rakyat.